Kemunculan Pertama Bekas Presiden Afghanistan Sejak Melarikan Diri

Bekas Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani membuat kemunculan pertama kali sejak melarikan diri dari Afghanistan pada 15 Ogos 2021 yang lalu.

“Saya minta maaf dan tiada niat untuk melarikan diri,” ucap Ashraf di dalam Twitter.

Baca di sini:

https://twitter.com/ashrafghani/status/1435587942228140039?s=19





“Meninggalkan Kabul adalah keputusan paling sukar dalam hidup saya”.

“Namun, saya percaya itu sahaja cara bagi mengelakkan pertempuran bersenjata sekali gus menyelamatkan ibu negara itu dan nyawa enam juta penduduk”.

“Dengan penyesalan yang mendalam, saya kesal penta­d­biran negara berakhir dengan tragedi sama seperti sebelum ini”.

“Saya mohon maaf kepada rakyat Afghanistan kerana tidak dapat mengakhiri pentadbiran dengan cara berbeza seperti sebelum ini,” jelasnya.

Ashraf turut mengambil ke­sem­patan mena­fikan dakwaan be­liau membawa jutaan dolar keluar dari negara semasa melarikan diri.





Dakwaan itu timbul selepas bekas Duta Afghanistan di Tajikistan, Zahir Aghbar mendakwa Ashraf melarikan AS$169 juta (lebih RM700 juta) semasa meninggalkan Afghanistan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker