Kerana Hendak Tuntut Pencen, Mayat Ibu Di Sorok Lebih Setahun

 

Seorang lelaki di Vienna tergamak menyimpan mayat ibunya di sebuah bilik bawah tanah lebih setahun untuk terus menerima pencen ibunya, kata polis Austria.

Jenazah wanita yang mati ketika berusia 89 tahun itu, dilaporkan menderita dementia (nyanyuk), telah meninggal dunia bulan Jun tahun lalu.

Anaknya, 66, dikatakan meletakkan mayat ibunya di bilik bawah tanahnya dan menggunakan bungkusan ais dan membalutnya untuk menangkis bau.





Selama setahun lebih, lelaki itu telah menerima bayaran sekitar €50,000 (£ 42,000).

Lelaki itu tidak mempunyai pendapatan dan memberitahu pencen ibunya akan dihentikan serta-merta jika dia melaporkan mengenai kematian wanita itu.

Tanpa pencen itu, dia tidak mampu membayar kos pengebumian dan terus berada di dalam rumah yang mereka kongsi.

Penipuan lelaki itu terbongkar selepas seorang posmen baharu yang menghantar dokumen bagi faedah kepada wanita itu tidak dibenarkan untuk menemuinya.

Polis Vienna sedang melakukan siasatan lanjut.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker