Kesan Pengecualian Kabotaj Di Era Mahiaddin, Malaysia Kerugian RM1.68 Bilion Pelaburan

Ketika Mahiaddin menjadi Perdana Menteri ke 8, syarikat gergasi teknologi Microsoft, Google dan Facebook pernah meminta supaya kerajaan menarik balik dasar pengecualian kabotaj untuk kapal asing yang terlibat dalam pembaikan kabel bawah laut, yang menghubungkan Malaysia ke rangkaian internet global seperti diputuskan Menteri Pengangkutan.

Pengecualian ini membantu mempercepatkan pembaikan kabel dasar laut yang rosak dari semasa ke semasa, yang menyebabkan gangguan internet di negara ini.

Microsoft, Google, Facebook dan Malaysia Internet Exchange (MyIX), dalam memorandum kepada Muhyiddin bertarikh 20 November, berkata keputusan Menteri Pengangkutan ketika itu, Wee Ka Siong memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia.

Syarikat gergasi teknologi itu turut mengingatkan bahawa keputusan Wee Ka Siong akan mengakibatkan peningkatan tempoh pembaikan kabel dasar laut sehingga menjejaskan kestabilan internet di Malaysia.





“Pada saat jutaan rakyat Malaysia bergantung pada internet untuk mencari nafkah, pemulihan infrastruktur internet bawah laut yang mewakili pelaburan bernilai berbilion ringgit tak wajar ditangguhkan setiap kali pembaikan perlu dilakukan,” katanya.

Mereka menambah keputusan itu akan mewujudkan monopoli bagi satu syarikat perkapalan tempatan yang hanya memiliki satu kapal pemasangan kabel di Malaysia.

Namun regim Mahiaddin tetap tidak mengendahkan permintaan dari syarikat gergasi tersebut dan meneruskan dasar pengecualian kabotaj.

Akibatnya, mengikut firma penyelidikan MIDF Research, kerajaan akan berdepan kerugian AS$300 juta-AS$400 juta (RM1.26 bilion-RM1.68 bilion) dalam bentuk pelaburan dan kesalinghubungan berkapasiti tinggi.

Tambah firma berkenaan, ia akan menjejaskan kesalinghubungan internet dan pelaburan pusat data untuk syarikat tempatan dan antarabangsa.





Tidak lama dahulu, negara dikejutkan dengan berita Malaysia dikecualikan daripada pelaburan kabel optik dasar laut utama oleh firma teknologi utama Facebook dan Google membabitkan sistem kabel Echo dan Bifrost.

Dan kini, Malaysia menggigit jari apabila dikecualikan daripada mendapat pelaburan pemasangan sistem kabel Apricot yang disokong dua firma berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan diberi amaran oleh ramai pihak termasuk pembangkang bahawa mereka bakal berdepan kerugian RM12 bilion hingga RM15 bilion dalam sektor digital sekiranya pemansuhan dasar itu dikekalkan.

Dalam pentadbiran Ismail Sabri, Wee Ka Siong masih lagi dikekalkan sebagai Menteri Pengangkutan.

Apakah pengekalan portfolio beliau adalah bertujuan khas untuk meneruskan dasar pengecualian kabotaj?





Kalau benar, mengapakah dasar yang sudah dan akan merugikan negara berpuloh bilion itu hendak diteruskan, apakah ianya memberikan keuntungan kepada pihak tertentu?

Syarikat gergasi dunia itu sudah mengingatkan, dasar itu akan mewujudkan monopoli bagi satu syarikat perkapalan tempatan yang hanya memiliki satu kapal pemasangan kabel di Malaysia.

Apakah ini yang hendak mereka lindungi, walau pun negara kerugian berpuloh bilion ringgit???

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker