Lelaki Berlagak Kaya Perdaya 6 Janda Hartawan

Seorang lelaki, Yandi, 28 tahun dari Garut, Jawa Barat, ditahan polis selepas menipu 6 orang janda hartawan melalui aplikasi mencari jodoh atas talian.

Yandi sudah beberapa kali menukar nama antaranya Reski, Ferizal, Helski, Roni serta Jayadi, bertujuan untuk memperdayakan mangsanya dan mengelak dari penipuannya dikesan.

Modus operandi Yandi dimulakan dengan berkenalan secara atas talian dan kemudiannya mengajak mangsa untuk berkahwin.

Untuk meyakinkan mangsa, Yandi akan mengaku berkerja di syarikat minyak dan beliau akan menyewa kereta mewah dan berpura-pura kaya dalam pertemuan di peringkat awal perkenalan.





Selepas merasakan mangsa sudah memasuki perangkap, Yandi akan mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks dan memujuk mangsa untuk meminjamkan sejumlah wang dengan alasan menghadapi masalah perkerjaan.

Ada antara mangsa Yandi pernah memberikan sehingga 80 juta Rupiah @ RM23,300 kepada beliau.

Wang itu akan digunakan sebagai modal untuk memperdaya mangsa yang baharu.

Setakat ini, Yandi sudah berjaya memperdaya 6 janda muda hartawan sebelum kegiatannya terbongkar.

Yandi didakwa dengan Artikel 378 Kanun Jenayah Indonesia atas penipuan dan menghadapi hukuman penjara hingga empat tahun.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker