Mengerikan!!! Lori Pasir Rempuh 7 Kenderaan Di Sungai Buloh

Satu kemalangan ngeri berlaku di Persiaran Putra Bukit Rahman 1, Sg Buloh semalam.

Dalam kejadian itu, sebuah lori pasir yang mengalami kerosakan brek telah merempuh 7 kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika lori berkenaan dikatakan menuju ke arah Bandar Baru Sungai Buloh.

Bagaimanapun berkata, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut.





Namun rempuhan lori tersebut telah mengakibatkan kesemua kenderaan terlibat mengalami kerosakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dengan menghubungi pihak polis.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker