Mungkinkah Penemuan Bukti Terbaru Dalam Kes Tuntutan Penalti Cukai DS Najib Boleh Membebaskan Beliau?

Beberapa hari lepas, DS Najib Razak, membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Dalam lapuran polis tersebut, DS Najib Razak mendakwa beliau telah didatangi oleh beberapa pegawai LHDN sendiri yang mengaku bahawa tuntutan penalti cukai ke atas beliau adalah konspirasi politik peringkat tertinggi yang bertujuan untuk membankrapkan beliau.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/09/ds-najib-razak-buat-repot-polis-terhadap-salah-guna-kuasa-pegawai-lhdn/





Sekiranya ini berjaya dilakukan, selain dari harta beliau akan disita, DS Najib Razak juga akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, malah sebagai seorang mantan Perdana Menteri.

Apa yang dilaporkan oleh DS Najib Razak itu adalah perkara yang sangat serius dan pihak PDRM serta SPRM mesti membuat siasatan yang tegas, telus dan pantas.

Dalam perkembangan isu yang sama, Mahkamah Rayuan walau pun telah menolak permohonan DS Najib Razaksupaya keputusan Mahkamah Tinggi dikaji semula, namun, untuk keadilan semua pihak, Mahkamah Rayuan sudah membuat keputusan supaya penangguhan bayaran penalti cukai itu dibenarkan.

Ini bagi memberi ruang kepada pihak DS Najib Razak memfailkan rayuan semakan semula ke peringkat tertinggi perundangan, Mahkamah Persekutuan.

Harus diingatkan di sini, keputusan Mahkamah Rayuan itu bukanlah berdasarkan penghakiman ke atas kesalahan DS Najib lari dari membayar cukai.





Tetapi ianya berdasarkan kepada Seksyen 106 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menyatakan mahkamah tidak perlu melayan sebarang rayuan bahawa jumlah cukai yang ingin didapatkan kerajaan antaranya sebagai berlebihan, dinilai secara tidak tepat, di bawah rayuan atau dinaikkan secara tidak tepat.

Apakah dengan penemuan bukti baharu dalam kes ini, akan membuka lebaran baharu dalam kes tuntutan penalti cukai ke atas DS Najib Razak.

Sekiranya benar berlaku konspirasi politik untuk menzalimi DS Najib Razak, maka, semua pihak yang terlibat mesti di bawa ke muka pengadilan.

Malaysia adalah negara yang menjunjung prinsip ‘Rule of Law’ dan bukannya ‘Law of The Jungle’.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker