Al Fatihah – Seorang Lagi Rider Food Panda Terlibat Dalam Kemalangan Maut

Seorang penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Afiq Rudhuan, 21, dari Taman Sri Juasseh, maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 25 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Suprintenden Amran Mohd. Ghani berkata, sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

Apabila sampai di tempat kejadian dan sedang membelok masuk ke simpang Taman Sri Terachi, tiba-tiba motosikal ditunggangi mangsa yang datang dari arah Kuala Pilah tidak sempat mengelak dan terus melanggar kereta tersebut.

Perodua Axia itu terus menggelungsur ke hadapan dan melanggar sebuah kereta Proton Saga yang sedang berhenti di laluan keluar simpang tersebut.





Akibat kemalangan, penunggang motosikal mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini untuk tujuan bedah siasat.

Pemandu kedua-dua buah kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Nasihat ikhlas dari Edisi Siasat kepada ‘rider dan driver delivery’, berhati-hatilah dalam melaksanakan tugas demi untuk membantu keluarga.

Jangan biarkan penantian orang yang kita sayang berakhir dengan tangisan.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker