Isu Kluster Kayangan : Pihak Masjid Putrajaya Mohon Maaf

Susulan dari video yang tular di media sosial yang dikaitkan dengan layanan istimewa kepada kluster kayangan semalam, pihak pengurusan Masjid Putra, Putrajaya telah tampil memohon maaf sekiranya kejadian itu menyinggung perasaan umat Islam.

Kejadian dilaporkan berlaku sebelum solat Jumaat semalam, 10 September 2021.

Pengurusan kehadiran jemaah di masjid itu berkata, sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bagi solat Jumaat, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang.

“Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.





Pihak Masjid Putra memberitahu, apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pinta pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.

Justeru, kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi.

Pihak Masjid Putra memohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini.

Bagi skuad Edisi Siasat, sebenarnya isu layanan dia darjat ini tidak sepatutnya timbul, kerana masjid ialah Rumah Allah SWT dan semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT.

Tidak salah sekiranya pihak masjid mahu mematuhi SOP yang telah ditetapkan tetapi ianya mestilah atas dasar ‘first come first served’.





Tidak ada istilah ‘booking’ untuk kita masuk ke Rumah Allah SWT.

Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah melarang sahabat yang datang lambat ketika mahu melangkah bahu jemaah lain supaya beliau dapat tempat duduk di hadapan dan ketika itu baginda Rasulullah SAW sedang membaca khutbah Jumaat.

Sedangkan sahabat Rasulullah SAW sendiri dilarang, inikan pula kita.

Siapalah kita dan sebanyak manalah jasa kita kepada ugama Allah sekiranya dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW!!!





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker