Kematian Akibat Covid-19 Pada Penerima Vaksin Sinovac Membimbangkan

Kadar kematian Covid-19 individu lengkap vaksin, Sinovac sangat membimbangkan.

Walaupun semua vaksin Covid-19 sudah diluluskan di Malaysia, namun ia sama sekali tidak dapat menghilangkan risiko itu.

Data makluman Kementerian Kesihatan menunjukkan jumlah kematian Covid-19 yang tidak seimbang di antara individu yang divaksinasi lengkap berlaku di kalangan penerima vaksin Sinovac.

Daripada 18,802 kematian yang dicatatkan dalam kumpulan set data itu, seramai 922 (4.9 peratus) individu telah diberi vaksin lengkap.





Kematian ini direkod antara 7 Jun dan 6 September, terutamanya di kalangan warga emas (744 orang : 80.6 peratus) dan pesakit dengan komorbiditi (750 orang : 81.3 peratus) pesakit yang meninggal dunia dengan kedua-dua keadaan (605 orang :65.6 peratus).

Kematian di kalangan pesakit bawah umur 60 tahun tanpa komorbiditi hanya menyumbang 33 kes (3.6 peratus).

Berdasarkan analisis data Malaysiakini, penerima vaksin Sinovac menyumbang 710 daripada 922 kematian ini (77.0 peratus).

Walaupun penerima vaksin Sinovac hanya merangkumi 51.5 peratus orang yang lengkap divaksin pada 6 September termasuk tempoh 14 hari selepas dos kedua.

Manakala penerima vaksin Pfizer menyumbang 206 kematian (22.3 peratus) tetapi menyumbang 43.6 peratus daripada jumlah populasi Malaysia yang lengkap divaksin.





Data menunjukkan terdapat 10.11 kematian dikalangan penerima vaksin untuk setiap 100,000 orang yang lengkap menerima dua dos vaksin Sinovac dan 3.47 kematian untuk 100,000 penerima Pfizer.

Dalam 33 kes yang melibatkan individu berumur bawah 60 tahun tanpa sejarah penyakit kronik pula hanya tiga orang (9%) yang mendapat vaksin Pfizer manakala 30 yang lain (90.9%) menerima vaksin Sinovac.

Namun begitu, kematian dikalangan penerima vaksin sangat kurang berbanding dengan orang yang tidak divaksinasi.

Rekod menunjukkan kematian orang yang tidak divaksinasi adalah 11 kali lebih tinggi daripada jumlah kematian di kalangan penerima vaksin.

Langkah terbaik adalah kita terus kekal menjaga SOP walau pun selepas melengkapkan 2 dos vaksinasi Covid-19.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker