Kita Maafkan Saja Mahiaddin Sebab Orang Gagal Tak Akan Mengaku Gagal

Kelazimannya, bila seseorang pemimpin membuat ucaptama dalam majlis menyambut kelahiran sesuatu organisasi, ucapannya akan diisi dengan kata-kata kesyukuran dan halatuju masa depan organisasi.

Tapi agak berbeza dengan ucaptama Presiden PPBM yang juga merupakan mantan Perdana Menteri ke 8, TS Mahiaddin Md Yasin.

Isi ucapan beliau penuh dengan pembohongan dan dendam kesumat.

Selepas meneliti isi kandungan ucapan Mahiaddin, skuad Edisi Siasat dapat simpulkan ada 3 perkara pokok yang Mahiaddin sampaikan:





  1. Menempelak pihak yang melabelkan kerajaan pimpinan beliau gagal.
  2. Menuduh ‘kluster mahkamah’ menjatuhkan regim beliau kerana gagal mendesak beliau supaya mencampuri urusan mahkamah.
  3. ‘Pengorbanan’ yang beliau lakukan untuk menyelamatkan negara akibat dari keadaan politik yang tidak stabil.

Biar skuad Edisi Siasat ulas satu persatu ‘kesahihan’ isi kandungan ucapan beliau.

Menempelak Pihak Yang Melabelkan Kerajaan Pimpinan Beliau Gagal

Untuk pengetahuan Mahiaddin, yang melabelkan kerajaan pimpinan beliau sebagaiĀ #kerajaangagal ialah rakyat Malaysia.

Dan ianya dibuat dengan alasan dan asas yang kukuh.





Apakah Mahiaddin lupa, di awal pentadbiran beliau, rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada beliau, hingga beliau digelar ‘Abah’.

Terlena dengan pujian dari marhaen, Mahiaddin mula besar kepala, lebih menumpukan usaha memantapkan kedudukan beliau dan PPBM dari menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

Dari dipanggil ‘Abah’, Mahiaddin dipanggil ‘Abah Cow’.

Sebab apa?

  • Sebab ‘kejayaan’ Mahiaddin melonjakkan angka jangkitan Covid-19 dari 3 digit kepada 5 digit.
  • Sebab ‘kejayaan’ Mahiaddin menaikkan angka kematian mangsa Covid-19 dari 2 digit kepada 4 digit.
  • Sebab ‘kejayaan’ Mahiaddin mengurung rakyat Malaysia dengan pelbagai PKP dan SOP yang tidak masuk akal telah menyebabkan rakyat hilang pendapatan, rumahtangga hancur,, terbelenggu dengan hutang, terhimpit dengan tekanan hidup hingga ada yang terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari sesuap nasi buat anak isteri, malah hingga ada yang bunuh diri!!!
  • Sebab kejayaan Mahiaddin menambahkan hutang negara hingga mencecah RM1 trilion atas alasan membantu rakyat dan melawan Covid-19, tetapi rakyat makin menderita dan jangkitan Covid19 semakin tinggi!!!

Banyak lagi fakta yang boleh didedahkan, tapi cukup setakat itu dahulu.





Menuduh ‘Kluster Mahkamah’ Menjatuhkan Regim Beliau Kerana Gagal Mendesak Beliau Supaya Mencampuri Urusan Mahkamah

Kita tahu, siapa yang mencipta dan untuk apa dicipta gelaran ‘kluster mahkamah’.

Sepatutnya, sebelum Mahiaddin mengeluarkan ayat sebegini, adalah lebih elok sekiranya beliau menjawab tuntutan DS Najib Razak, jadi tidak perlulah Mahiaddin naik turun mahkamah nanti.

Baca di sini:





https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158103468005952/

‘Pengorbanan’ Yang Beliau Lakukan Untuk Menyelamatkan Negara Akibat Dari Keadaan Politik Yang Tidak Stabil

Keadaan politik menjadi tidak stabil kerana 2 faktor:

  • Sikap rakus dan biadap pemimpin PPBM terhadap UMNO yang telah memberikan sokongan kepada Mahiaddin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri (jangan lupa, ketika itu PPBM adalah parti minoriti yang mempunyai bilangan Ahli Parlimen paling sedikit), ini telah menimbulkan kemarahan akar umbi dan pemimpin UMNO, yang akhirnya akar umbi mendesak sokongan kepada Mahiaddin dan PPBM ditarik balik.
  • Takiyudin yang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen) telah menipu Dewan Rakyat berkenaan perkenan SPB YDP Agong mengenai pembubaran Ordinan Darurat, hingga menyebabkan Istana Negara mengeluarkan kenyataan penafian secara rasmi.

Ayat ‘perletakan jawatan’ dari Mahiaddin sudah tidak tepat kerana beliau terpaksa meletak jawatan selepas mengakui kehilangan majoriti sokongan MP dalam Dewan Rakyat.





Ini adalah tuntutan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataannya, kalau Mahiaddin tidak letak jawatan, beliau akan menjadi Perdana Menteri pertama yang akan dimalukan di dalam Parlimen dengan undi tidak percaya.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara43-Ma.Html

Kalau dakwaan Mahiaddin, ‘pengorbanan perletakan jawatan’ beliau adalah untuk mengelakkan dari Pakatan Harapan kembali berkuasa, ini juga kenyataan yang langsung tidak berasas kerana di saat kemuncak krisis perlembagaan, Pakatan Harapan cuma mempunyai sokongan 105 Ahli Parlimen.

‘King Maker’ ketika itu adalah 15 orang Ahli Parlimen UMNO.

Kalau mereka memilih berkecuali, tiada siapa layak membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri.

Tetapi UMNO mengorbankan keputusan MKT UMNO, NO PPBM, NO DAP dan NO ANWAR untuk menghormati titah SPB YDP Agong, sedangkan UMNO mahu supaya kerajaan interim ditubuhkan supaya tiada lagi pertelingkahan politik dan kerajaan interim boleh menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menyelesaikan masalahbekonomi dan Covid-19 sementara menunggu PRU 15.

Tapi tidak apa, bagi skuad Edisi Siasat, sebagaimana seorang yang sudah berak di tengah jalan pasti tidak akan mengakuinya, begitu juga Mahiaddin yang sudah gagal, pasti tidak akan mengakuinya, jadi kita maafkanlah dia.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker