Menteri Kesihatan Beri Bayangan Sekolah Hanya Akan Di Buka Semula Tahun Hadapan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) berkata, kementerian beliau menyasarkan tiga juta remaja di seluruh negara akan menerima vaksin Covid-19 sebelum pembukaan sekolah bagi sesi tahun 2022.

Sasaran melengkapkan pemberian vaksin kepada tiga juga remaja di seluruh negara itu merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Kementerian Kesihatan.

“Kita akan cuba selesaikan pemberian vaksin kepada remaja-remaja berkenaan sebelum pembukaan sekolah pada Januari tahun depan”.

“Sejajar dengan pengumuman itu, program vaksinasi turut akan dijalankan serentak,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).





“Murid-murid akan dipanggil mengikut keutamaan yang telah kita kenal pasti dan mereka akan hadir ke sekolah dengan ditemani ibu bapa masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin”.

“Untuk pembukaan sekolah bagi tahun ini, esok Menteri Pendidikan akan mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat”.

Dengan kenyataan dari KJ, ia memberi bayangan bahawa untuk sesi persekolahan secara bersemuka yang akan bermula pada 4 Oktober 2021, hanya akan melibatkan pelajar sekolah yang akan menduduki peperiksaan awam sahaja.

Manakala bagi pelajar yang lain, sesi persekolahan bersemuka hanya akan bermula pada tahun hadapan selepas kesemua pelajar telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.

Adalah menjadi harapan bagi ibubapa yang menpunyai anak yang akan menduduki peperiksaan awam, kerajaan akan memberikan keutamaan kepada mereka untuk melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker