Tak Payah Jolok Hidung Atau Tekak Atau Pakai Kahak, Dah Ada Alat Saringan Covid-19 Melalui Ketiak
Sebelum ini, kalau hendak buat saringan Covid-19, berkenyit mata bila hidung atau tekak kita dijolok.
Kemudian, dipermudahkan pula dengan saringan melalui air liur.
Terkini di Thailand, penyelidik sedang bangunkan alat pengesan virus Covid-19 mudah alih berpandukan titisan peluh.
Subjek perlu meletakkan kapas calitan di bawah ketiak selama 15 minit sebelum kapal dimasukkan ke dalam tiub kaca dan disteril dengan sinaran ultra ungu.
Berdasarkan sampel, mereka yang dijangkiti Covid-19 akan mengeluarkan kimia tertentu.
Penemuan itu akan dibangunkan sebagai peranti yang mengesan bau badan, terutama yang dihasilkan dalam peluh mereka yang positif Covid-19,” jelas Dr. Chadin Kulsing dari Universiti Chulalongkorn.
Chadin mendakwa, ujian itu mempunyai ketepatan 95 peratus.
Namun, peranti itu masih di peringkat pembangunan dan kajian mengenainya belum diterbitkan atau dinilai.