Ayahnya Sudah Di Tangkap, JKM Selamatkan Aisyah

Pelakon Lufya Omar melahirkan rasa syukur selepas mendapat tahu mangsa dera bapa kandung sendiri yang dipercayai seorang penagih dadah, Adik Aisyah kini selamat di bawah penjagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut maklumat yang Edisi Siasat terima, lelaki tersebut merupakan warganegara asing dari Rohingya.

 





Menerusi Instagram, Lufya berkongsi perkhabaran tersebut sekali gus memberitahu bapa kepada mangsa berkenaan telah ditangkap oleh pihak berkuasa atas perbuatan tersebut.

Video Adik Aisyah yang dikatakan telah beberapa kali melintas jalan kerana mencari ayahnya telah tular di media sosial beberapa hari lalu.

Seorang lelaki India telah memarahi ayah Aisyah dan marah dengan keadaan tersebut, ayah Aisyah dikatakan telah menumbuk Aisyah.

“Semoga terpelihara agamamu, akhlakmu serta baik masa depanmu, anak,” coret Lufya di dalam Instagram beliau.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker