Jurrasic Land Kiulu Tarikan Pelancongan Baru Sabah

Kini Sabah mempunyai satu lagi daya tarikan iaitu taman tema haiwan pra-sejarah yang dikenali sebagai Jurassic Land @ Kiulu.

Berhampiran kawasan tumpuan sukan ekstrem ‘water rafting’ di daerah Tuaran, Jurassic land @ Kiulu ini boleh dikunjungi dalam jarak tempoh kurang dari satu jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Visiont Ventura Sdn Bhd, Sam Chan, taman tema tersebut wujud hasil perkongsian idea bersama dua lagi rakannya tiga tahun lalu sebelum pembinaan bermula pada tahun 2019.

“Ketika pandemik COVID-19, susah untuk orang ramai melancong ke luar negara”.





“Jadi saya bersama dua lagi rakan mendapat idea untuk merancakkan pelancongan domestik dengan taman tema seperti ini,” katanya.

Jelasnya lagi taman tema tersebut hanya boleh dilawati apabila pengumuman mengenai kebenaran beroperasi bagi semua taman tema dibuat kerajaan.

“Kita merancang untuk membuka sebuah lagi taman tema di sekitar Kiulu dan yang ini lebih kepada aktiviti ‘water rafting’ dan ‘rainforest walk’,” katanya.
Jelasnya taman tema sedia ada dan yang bakal dibina tidak hanya bertindak sebagai bahan tarikan pelancongan malah mampu memberi peluang perkerjaan khusus bagi yang tinggal di Kiulu dan Tamparuli.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker