Ronaldo Berikan Amaran Awal Penguasaan Semula Red Devils Dengan Ledakan 2 Gol Dalam Aksi Sulong

Dari minit pertama kemunculan Ronaldo yang menyarung jersi ikonik nombor 7 sehinggalah perlawanan 90 minit tamat, penyokong yang mengenakan jersi dengan nama Ronaldo, menyanyikan lagu ‘Viva Ronaldo, running down the wing, hear United sing, Viva Ronaldo’.

“Saya pada mulanya berasa gugup dan takut semasa aksi 30 minit pertama di atas padang kerana majoriti penonton asyik menyanyikan lagu Viva Ronaldo dan menantikan gol saya”.

“Ia sebenarnya mengingatkan saya betapa istimewa kepulangan saya ke kelab ini yang dikemudi bekas rakan sepasukan saya (Ole Gunnar Solskjaer) sebelum dapat menjaringkan dua gol untuk memberi peringatan kepada semua kenapa saya kembali ke kelab ini dan kenapa Old Trafford terkenal sebagai Theatre of Dreams,” katanya selepas tamat perlawanan yang memihak kepada Red Devils ke atas New Castle dengan keputusan 4-1.

Bagaimanapun, penyamaan gol pelawat serba sedikit menakutkan penyokong yang sedang berkhayal dengan penampilan kedua Ronaldo bersama kelabnya selepas 12 tahun.





Namun Ronaldo ternyata tidak mengecewakan harapan tinggi penyokongnya apabila berjaya meletakkan semula Red Devils dihadapan dengan gol keduanya pada minit ke-62 hasil hantaran cantik Luke Shaw.

Cara Ronaldo meraikan gol dengan aksi melompat ke udara menyebabkan penyokongnya bertambah teruja.

Gandingan Ronaldo dengan rakan senegara Bruno dan juga dari Real Madrid, Raphael Varane menjadikan Red Devils berstatus kelab 5 bintang.

“Kami sudah kembali dan akan berada di puncak EPL, ini adalah amaran awal CR7 kepada kelab lain dalam EPL”, kata seorang peminat ketika ditemui.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker