Sudah Tiba Masanya Untuk Kerajaan Melaksanakan Sekolah Satu Aliran

Sudah tiba masanya untuk negara merealisasikan pendidikan sekolah satu aliran dan menghapuskan sisitem sekolah vernukalar.

31 Ogos 2021 yang lepas, negara kita sudah menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 64.

Tetapi adakah rakyat majmuk yang yang menjadi warga Malaysia sudah mantap hubungan antara kaum sesama mereka di dalam kehidupan seharian?

Apakah sudah tidak lagi kedengaran kata-kata:





“Lu Cina, kalau tidak suka sama orang Melayu, lu boleh balik Tongsan”.

Atau kata-kata:

“Aney, lu India mari, jangan banyak ceritalah, tara suka kalu, balik lu punya negeri”.

Harapan dan impian kita selepas 64 tahun merdeka, kata-kata itu sudah tidak kedengaran lagi tetapi realitinya, kata-kata dan semangat perkauman sebegitu masih lagi menebal di kalangan masyarakat Malaysia.

Di mana silapnya?





Kita lihat negara-negara jiran kita.

Indonesia, Thailand dan Singapura juga mempunyai penduduk berbilang bangsa, malah negara seperti Indonesia mempunyai bilangan suku kaum yang jauh lebih banyak dari kita.

Tetapi, adakah mereka menghadapi masalah ketegangan kaum yang agak serius seperti di Malaysia?

Benar, ada kalanya berlaku juga kes perbalahan antara kaum di sana, namun ianya adalah sangat kecil dan terkawal.

Jadi, di mana silapnya kita?





Sebenarnya, tanpa kita sedari, semangat perkauman telah kita semai dalam masyarakat kita seawal umur 7 tahun lagi.

Masyarakat Melayu akan lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan, manakala masyarakat Cina pula sudah hampir pasti akan menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan masyarakat India akan menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Siapa yang akan menjadi kawan-kawan kepada anak-anak kita ini?

Di Sekolah Kebangsaan, sudah pastilah mereka akan berkawan dengan bangsa Melayu, di sekolah aliran Cina pula, rakan-rakan mereka terdiri dari bangsa Cina dan di sekolah aliran Tamil, yang akan menjadi rakan-rakan  mereka adalah di kalangan bangsa India.

Bukan sahaja mereka akan berkawan di kalangan bangsa mereka sahaja, malah, bahasa penghantar juga akan digunakan ibunda bangsa mereka.





Jangan lupa, mereka akan membesar dalam suasana begini bukan hanya untuk satu hari atau satu minggu, tetapi sekurang-kurangnya 6 tahun dan bagi bangsa Cina yang mempunyai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, ianya akan berlarutan selama 11 tahun.

Fikirkanlah, betapa tebalnya sifat perkauman yang ada pada anak-anak ini bila mereka masuk ke dalam masyarakat.

Perkara ini sudah berlaku selama 64 tahun dan berapa ramai antara mereka yang sudah berada dalam masyarakat kita sekarang?

Mungkin ada yang tidak tahu, sistem pendidikan vernakular adalah sistem pendidikan yang sengaja diwujudkan oleh penjajah, walau pun di negara mereka sendiri, mereka mengamalkan sistem pendidikan satu aliran.

Sekolah aliran Cina telah diwujudkan pada tahun 1912, manakala sekolah aliran Tamil sudah diwujudkan pada tahun 1920.





Mengapa British merestui sistem pendidikan vernakular?

Dasar pemerintahan British ke atas tanah jajahan mereka adalah pecah dan perintah.

Sekiranya rakyat di tanah jajahan mereka bersatu padu, ini sudah pasti alan mendatangkan masalah yang cukup besar kepada British.

Lalu British berusaha menanamkan sifat perkauman dan mendapati sekolah vernakular adalah ladang yang cukup subur untuk tujuan itu.

Sebagai sebuah negara merdeka dan diduduki oleh masyarakat berbilang bangsa, perpecahan kaum akan menjadi racun yang cukup bisa ke atas pembangunan rakyat dan negara.

Memang sudah agak terlambat untuk kita mengubah keadaan tetapi ‘better late than never’.

Kita sudah menyaksikan betapa besar kesannya ke atas rakyat dan negara apabila meledaknya api perkauman di Malaysia.

Jangan dipolitikkan lagi isu ini, ingat tragedi 13 May 1969 dan tragedi rusuhan di Kuil Sri Mariamman tidak akan menjadi titik hitam sejarah perkauman yang terakhir dalam negara selagi kita masih lagi mengeluarkan anak-anak cauvanis dari sekolah vernakular!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker