Terkini : Sesi Persekolahan Secara Bersemuka Akan Di Mulakan 3 Oktober 2021

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, sebentar tadi mengumumkan, sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan bermula 3 Oktober ini.

Namun begitu, kehadiran pelajar sekolah akan dibahagikann kepada 2 kumpulan.

Kumpulan pertama akan menjalani sesi persekolahan secara bersemuka dan kumpulan kedua akan menjalani pembelajaran secara PDPR dari rumah secara bergilir-gilir dengan kumpulan pertama seminggu sekali.

Ini melibatkan semua peringkat pembelajaran persekolahan.





Namun begitu, perlaksanaan sesi persekolahan secara bersemuka adalah mengikut di dalam fasa mana sesuatu negeri itu berada.

Negeri Fasa 1

Untuk semua negeri yang berada di Fasa 1, semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan meneruskan pembelajaran secara PDPR di rumah.

Negeri Fasa 2





Cuma pelajar sekolah yang berada di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Lhas dan Program Pendidikan Khas Integrasi yang akan hadir secara bersemuka di sekolah.

Manakala bagi pelajar sekolah menengah, hanya yang akan mengambil STPM, program International Baccalaureate Diploma (IBD), Pra Universiti Sem 3 di SSM dan pelajar yang akan mengambil peperiksaan antarabangsa seperti A Level akan menjalani persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran.

Begitu juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK/SMPKV) dan pelajar PPKI.





Negeri Fasa 3

Bagi sekolah rendah, sama seperti di negeri yang berada dalam Fasa 2, cuma penambahan kepada murid prasekolah dan tadika swasta akan menjalani persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran.

Penambahan bagi pelajar sekolah menengah yang berada dalam negeri fasa 3 adalah kepada kelas peperiksaan antarabangsa, Pra Universiti SSM dan murid peperiksaan awam yang berada di sekolah berasrama penuh.





Manakala murid kelas peperiksaan di sekolah harian dan swasta akan hadir secara penggiliran.

Negeri Fasa 4

Penambahan daripada fasa 3 ialah pelajar Tahap 1 akan hadir secara penggiliran.





Penambahan kehadiran dari fasa 3 adalah kepada murid peperiksaan antarabangsa yang akan diberikan senarai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kadar Vaksinasi Warga Sekolah

Manakala kadar vaksinasi bagi tenaga pengajar adalah seperti berikut:

  • Lengkap Dos 1 : 97.46%
  • Lengkap Dos 2 : 88.56%

Manakala kumpulan sokongan pula secara puratanya melebihi 85%.

Manakala sesi persekolahan yang biasanya tamat pada bulan November akan dipanjangkan sehingga bulan Februari 2022, manakala sesi persekolahan 2022 pula akan bermula pada bulan Mac 2022.

Bagi skuad Edisi Siasat, ini adalah langkah berani tetapi merisikokan pelajar sekolah.

KPM sepatutnya mengambil pengajaran dari 70,000 kadar jangkitan pelajar sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dimulakan.

Adalah lebih baik, sekiranya sesi persekolahan secara bersemuka hanya dilaksanakannkepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam sahaja, manakala bagi pelajar lain, ditangguhkan ke tahun hadapan.

Namun, KPM sudah membuat keputusan, dan sama-samalah kita mengingatkan anak-anak kita supaya menjaga SOP apabila berada di sekolah.

Marilah kita berdoa semuga anak-anak kita dan warga sekolah tidak dijangkiti Covid-19, hanya itu yang mampu kita lakukan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker