The Vibes Melaporkan Jet Pejuang Singapura Memintas Helikopter PDRM!!!

The Vibes memetik catatan media sosial sebagai berkata, sebuah helikopter AgustaWestland AW139, dengan “call sign” 9M-PMD, yang dalam perjalanan ke Pengerang, terbang melintasi Pulau Tekong, lokasi latihan ketenteraan dan khidmat negara Singapura diadakan.

The Vibes turut memetik maklumat dari laman mengesan penerbangan FlightRadar24 yang menunjukkan sebuah pesawat tanpa “call sign” muncul di ruang udara lapangan terbang Changi, ketika helikopter Malaysia memasuki ruang udara Pulau Tekong.

Helikopter itu dikatakan berlepas dari sebuah padang di seberang Jalan Yahya Aldatar, Johor Bahru, kira-kira 1 pagi tadi.

Bagaimanapun, Bukit Aman menafikan laporan Singapura mengerahkan dua jet pejuang F-16 untuk memintas sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa memasuki ruang udara republik itu.





Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Hazani Ghazali berkata, tiada makluman daripada Singapura mengenai pencerobohan tersebut.

“Sepanjang penugasan di atas, tiada F-16 dikerahkan seperti yang diviralkan dan tiada makluman dari Singapura mengenai helikopter polis memasuki ruang udara Singapura,” tegas Hazani.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker