Wisma Putra Pandang Serius Amaran Serangan Pengganas Oleh Kedutaan Jepun Di Malaysia!!!

Kedutaan Jepun di Malaysia mengeluarkan amaran kepada warganegaranya yang berada di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.

Seorang pegawai kedutaan berkata, amaran itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.

“Kami mengeluarkan nasihat itu selepas menerima arahan dari Tokyo,” katanya tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai hal itu.

Amaran berkenaan dikeluarkan hasil laporan Naicho, iaitu agensi perisikan luar negara Jepun di bawah Sekretariat Kabinet dan ia menghantar laporan terus kepada Perdana Menterinya.





Rakyat Jepun diminta menjauhi kawasan berisiko seperti bangunan milik kepentingan Barat dan dipercayai ada kaitan isu ulang tahun ke-20 peristiwa 11 September di Amerika Syarikat.

Kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.

Sementara itu, Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, kerajaan akan terus memantapkan lagi tahap keselamatan dengan turut berkongsi maklumat perisikan bersama pelbagai agensi asing.

“Wisma Putra telah berkongsi ini dengan pelbagai agensi berkaitan serta mengarahkan Kedutaan Malaysia di Tokyo supaya berkomunikasi rapat dengan Kementerian Luar Jepun untuk sebarang perkembangan mutakhir”.

“Agensi keselamatan negara kita khususnya pihak Polis Diraja Malaysia malahan sedang menilai segala situasi semasa dengan amat teliti,” katanya di sini hari ini.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker