NO DAP NO ANWAR: Lenjun Zahid & Akar Umbi Kena Kencing

Otto von Bismarck mengingatkan kita semua, ‘politics is the art of possible’.

Sebab itu, bagi skuad Edisi Siasat, dalam menilai sikap ikhlah, amanah dan tanggungjawab seseorang ahli politik, jangan didengar apa yang mereka katakan, tetapi lihat apa yang mereka lakukan.

‘Action speaks louder than words’.

Sebab itu format penulisan Edisi Siasat kali ini agak lain sikit.





Kita dengar apa yang dikatakan oleh ahli politik dan kemudiannya kita lihat apa yang sedang mereka lakukan sekarang.

Cerita mengenai jajaran baharu politik, begitu kuat didendangkan oleh beberapa ahli politik khususnya dari UMNO.

Tuduh menuduh, fitnah memfitnah sudah menjadi ‘zikir harian’ mereka, tetapi sekarang, sudah terbuka hijab, siapa yang jujur dan siapa yang mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara.

Presiden dan pemimpin yang setia kepada perjuangan parti tegas berpegang kepada resolusi PAU 2020 dan keputusan MKT UMNO bahawa NO DAP dan NO ANWAR.

Tapi Presiden dan pemimpin yang tegas mempertahankan NO ANWAR NO DAP terus-terusan diserang.





Dan lagi.

Dan ada yang menuduh Presiden UMNO secara senyap-senyap mengutus surat kepada SPB YDP Agong untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, dalam artikata lain, mengkhianati mandat yang diberikan oleh akar umbi dan parti.

Tetapi, fakta yang terbentang di hadapan mata kita sekarang jauh berbeza.

Yang menuduh, rupa-rupanya adalah watak sebenar yang menggerakkan hubungan bersama DAP dan Anwar.





Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/mou-dimuktamadkan-kerajaan-dan-ph-tandatangani-mou-di-parlimen-esok-319371

Yang dituduh, masih lagi berpegang teguh dengan prinsip dan keputusan parti.

Jadi selama ini kita dihidangkan dengan sandiwara oleh pihak yang sebenarnya mahukan kuasa dan nasib rakyat dan negara dijadikan pemanis kata.

Adakah mereka akan merasa bersalah kerana menipu?





 

Mereka tidak akan merasa bersalah dan akan terus menipu, selagi mereka diberikan kuasa.

Bagaimana cara untuk kita hentikan semua penipuan mereka ini?

Ya, dalam pemilihan parti yang akan datang nanti.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker