Polis Sedang Memburu Lelaki Mencuri Ketika Jemaah Sedang Solat Di Masjid

Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang mencuri bag tangan jemaah wanita ketika mereka sedang menunaikan solat di masjid.

Kejadian berlaku di Masjid Jamek Pengadang Baru, ketika jemaah wanita sedang menunaikan solat Suboh berjemaahbdi masjid berkenaan.

Mangsa menyedari kehadiran lelaki tersebut apabila berikutan kain telekungnya dipijak suspek tanpa sengaja sebelum bertindak mengejar lelaki berkenaan.

Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Asli Muhammad berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang berbaju hijau muda didapati memasuki ruangan solat wanita melalui pintu di sebelah kiri masjid.





“Dia menunggu hingga semua jemaah sujud pada rakaat terakhir sebelum mengambil beg tangan kedua-dua mangsa”.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu di luar pagar masjid,” jelas Asli.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker