Skandal Pemberian Tanah Kepada Pegawai Khas Peja Masuk ‘Bawah Karpet’?

Tengah duduk petang-petang nie, teringat pula kisah panas negeri Perak yang pernah kecoh satu Malaysia dulu.

Satu Malaysia terkejut bila ada pendedahan berani mati yang ditulis dalam Surat Perak Karam yang viral bulan Disember 2020.

Kalau ada yang tak tahu tentang Surat Perak Karam, skuad Edisi Siasat boleh beri pencerahan tentang isu yang dibangkitkan dalam Surat Perak Karam tu.

Salah satu siri dari Surat Perak Karam itu, katanya membongkarkan kisah pembangunan ladang hutan kepada beberapa orang kanan mantan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu atau Peja.





Dibongkarkan, setiap dari mereka memperolehi 400 hektar tanah hutan untuk dibangunkan di beberapa lokasi seperti Hutan Simpan Kledang Siong Kuala Kangsar, Hutan Simpan Piah Kuala Kangsar dan Hutan SImpan Sungai Kuak.

Walau pun surat kelulusan itu atas nama pembangunan ladang hutan, tapi maksud sebenar adalah untuk mengaup hasil balak di hutan simpan.

Selain dari balak, dikatakan hasil batu batan granite di Hutan Simpan Segari Melintang juga dikaut sama.

Dan bila Edisi Siasat baca balik kisah Surat Perak Karam, tertarik pula dengan kisah orang kanan Peja yang paling kanan, Herman Hassan.





Mengikut maklumat dalam Surat Perak Karam, dikatakan, Herman Hassan mendapat 746  ekar tanah SADC.

Skuad Edisi Siasat tidak pasti atas kapasiti apa Herman Hassan mendapat tawaran membaik pulih dan membangunkan ladang rakyat sebegitu besar.

Sepanjang pengetahuan Edisi Siasat, Herman Hassan bukanlah usahawan yang terkenal yang mempunyai modal berjuta-juta ringgit untuk membangunkan tanah yang sebegitu besar.

Syarikat Puncak Graviti Sdn Bhd yang diberikan tawaran itu pun adalah syarikat yang baharu ditubuhkan selepas Pakatan Harapan ambil alih pemerintahan negeri Perak atau lebih tepat lagi selepas Peja dilantik menjadi Menteri Besar.





Seperkara yang kami pasti, Herman Hassan ialah orang kanan Peja yang paling kanan.

Mungkin ini yang dikatakan, tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah Herman nampak pada Peja.

Peja pernah menjelaskan bahawa pemilihan konsesi tanah itu telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pelaburan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

Dan menurut Peja lagi, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh seorang ahli lembaga pengarah perbadanan itu yang juga penjawat awam sebelum ianya diluluskan.

Persolannya, siapa dalam PPPNP itu?





Lembaga Pengarah PPPNP dipengerusikan oleh Peja.

 

Dalam artikata lain, Pengerusi PPPNP, Peja, luluskan permohonan Ketua Penerangan Armada PPBM, Herman Hassan, dan ini adalah satu proses yang cukup bersih dan suci!!!





Benar, SPRM sudah masuk, malah dikatakan Pejabat Menteri Besar (Pejabat Peja), sudah diserbu, tetapi malang seribu kali malang, hingga ke saat ini, hasil siasatan masih lagi belum diumumkan.

Adakah hasil siasatan mendapati tiada salah laku dalam urusan ‘penganugerahan’ tanah tersebut?

Atau kertas siasatan sangkut di Pejabat Peguam Negara, ye lah, yang menjadi Peguam Negara ketika itu adalah Tommy Thomas.

Kalau kes Lim Guan Eng pun Tommy Thomas boleh buang, inikan pula kes macam ini.

Segalanya masih tidak ada kepastian hingga ke hari ini.

Namun, perkara pertama yang kita pasti, rakyat dan negeri Perak sudah kerugian hasil balak dan hasil batu granite dari beribu ekar tanah kepunyaan Kerajaan Negeri Perak.

Perkara kedua yang kita pasti, tiada hasil cukai yang dikutip oleh Kerajaan Negeri Perak daripada aktiviti pembalakan dan perlombongan batu granite.

Perkara ketiga yang kita pasti, kawasan tadahan hutan di hutan simpan negeri Perak sudah gondol!!!

Namun kita bangga sebab lahirnya ‘jutawan segera’ dari sebuah parti politik yang bergolek-golek menentang kleptokrasi katanya!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker