Terdedah Kenapa Pejuang, Warisan Dan Bebas Tidak Tandatangan MoU

Mungkin ada yang tidak perasan, sewaktu MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan, tidak nampak kelibat wakil dari blok pembangkang yang pro kepada Dr Mahathir.

Sebaik sahaja majlis itu selesai, ketegangan dan tuduh menuduh berlaku antara Pakatan Harapan dan blok pembangkang yang pro kepada Dr Mahathir.

Ketua Parti Pejuang Wilayah Persekkutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan melahirkan rasa kesal kepada Pakatan Harapan kerana mengetepikan parti itu dan Warisan dalam perjanjian pembekalan dan keyakinan (CSA) dengan kerajaan.

Tambah Khairuddin lagi, ketika hendak menamakan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan datang berjumpa dengan Dr. Mahathir merayu agar memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.





Kini, apabila hendak berunding dengan kerajaan mengenai senarai pembaharuan yang dicadangkan Perdana Menteri, Anwar bersama pemimpin PH ketepikan Pejuang, Warisan dan Muda yang sama-sama mengundinya sebagai calon pembangkang untuk jawatan Perdana Menteri.

Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke pula berkata, petang semalam, satu taklimat khas berkenaan isi kandungan MOU tersebut telah disampaikan kepada Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tegas beliau, wakil Parti Warisan Sabah (Warisan) juga dijemput untuk taklimat tersebut, tetapi mereka tidak hadir.

“Kami difahamkan Parti Pejuang dan Warisan belum bersedia untuk menandatangani MOU tersebut dengan kerajaan”.

“PH menghormati pendirian mereka”.





“Justeru, satu kenyataan yang menuduh PH mengetepikan parti pembangkang lain adalah tidak berasas sama sekali”.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker