13 Gorila Di Zoo Telah Di Jangkiti Covid-19

Sekurang-kurangnya 13 gorila di Zoo Atlanta disahkan positif Covid-19, termasuk seekor gorila berusia 60 tahun yang merupakan spesies paling tua.

Pihak berkuasa zoo berkata, pekerja memaklumkan gorila dilihat mempunyai simptom seperti batuk, hidung berair dan selera makan mula berubah.

Makmal veterinar di University of Georgia menjalankan ujian calitan dan mengesahkan status positif gorilla tersebut.

Pihak zoo percaya jangkitan itu berpunca daripada pekerja yang mempunyai gejala asimptomatik yang menjaga gorila tersebut.





Pekerja itu disahkan sudah menerima suntikan vaksin sepenuhya dan memakai peralatan perlindungan seperti pelitup muka dan sarung tangan.

Namun belum dapat dipastikan, gorila tersebut telah dijangkiti Covid-19 nanti dari varian apa.

Pihak zoo sudah mengasingkan gorila yang dijangkiti dan sedang berusaha untuk memulihkan gorila tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker