Kenal Tak Siapa Pemimpin Nie?

Orang tua-tua berpesan, ular yang menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.

Maksudnya apa?

Darjat seseorang tidak akan jatuh, hanya kerana beliau merendahkan diri.

Kita sering dengar ahli politik menyanyikan lagu, rakyat dan saya berpisah tiada.





Kita sering dengar penyokong ahli politik mendendangkan syair, pemimpin kami berjiwa rakyat.

Tapi benarkah begitu?

Berjiwa rakyatkah sang pemimpin bila di dalam setiap majlis mahukan layanan khas yang berbeza dari marhaen?

Tidak berpisahkah seorang pemimpin itu dengan rakyatnya bila di dalam majlis bersama rakyat diberikan layanan VVIP?

Kenal tak sosok tubuh dalam gambar di atas?





Timbalan Presiden UMNO dan juga mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad bin Hasan atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Mat Hasan.

Gambar diambil oleh salah seorang jemaah yang melakukan fardu solat Jumaat yang sama dengan Tok Mat Hasan.

Waktu melihat Tok Mat Hasan duduk beralaskan sejadah dan beratapkan langit di luar kawasan masjid yang sudah pun ditutup pintu pagarnya, AJK masjid berkenaan bergegas membuka pintu untuk membenarkan Tok Mat Hasan masuk.

Tapi apa jawab Tok Mat Hasan?

“Tak apo, sayo dah lambek, biarlah kek luar nie, tak adil pado orang lain”.





Syabas dari skuad Edisi Siasat kepada Tok Mat Hasan, inilah pemimpin yang sepatutnya kita angkat menjadi sebagai salah seorang pemimpin utama negara.

Jauh berbeza dari insiden di Masjid Putra, Putrajaya.

Semuga dapat dijadikan iktibar kepada semua pemimpin, terutamanya Imam Masjid Putra.

Di sisi Allah SWT, semua manusia adalah sama, yang membezakannya hanyalah ketaqwaan kita kepada Allah dan bukannya tempat yang menjadi isu utama tetapi keikhlasan menyembah yang Khaliq, itulah yang menjadi keutamaan.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker