MoU Kerajaan – Pembangkang: PRU 15 Tidak Akan Di Adakan Sebelum 31 Julai 2022

Satu persetujuan untuk mengekalkan Parlimen penggal ke 14 sekurang-kurangnya sehingga 31 Julai 2022 telah dicapai antara kerajaan dan pembangkang apabila kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman atau MoU dalam satu majlis di Parlimen petang semalam.

Menurut Penyelaras Ketua WHIP Ahli Parlimen Pakatan Harapan, perkara itu merupakan elemen utama yang membuatkan Pakatan Harapan (PH) bersetuju menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, hari ini.

Menurut beliau, jaminan tersebut perlu bagi memastikan setiap perkara yang dijanjikan dalam persefahaman itu dapat dilaksanakan mengikut garis masa ditetapkan.

Manakala dalam catatan Twitter, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula berkata, Pakatan Harapan akan tetap menjadi pembangkang walaupun MoU itu ditandatangani dengan kerajaan.





Baca di sini:

https://twitter.com/fahmi_fadzil/status/1437347869292306434?s=20

Antara perincian MoU yang telah ditandatangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan ialah :

  • Pemerkasaan Pelan COVID-19 1.1. Majlis Pemulihan Negara hendaklah terdiri daripada lima puluh peratus (50%) pakar-pakar daripada sektor awam dan swasta yang dilantik oleh Kerajaan sebagai penasihat dengan mana pihak Pembangkang boleh mengemukakan namanya, dua puluh lima peratus (25%) Ahli Parlimen Kerajaan dan dua puluh lima (25%) Ahli Parlimen Pembangkang.
  • Kerajaan akan membentangkan untuk kelulusan Parlimen penambahan had Dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion dari RM65 bilion seperti yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu kepada RM110 bilion. Peningkatan ini akan membantu memenuhi keperluan tambahan dalam mengatasi krisis COVID-19 dari segi mengukuhkan sistem kesihatan, menambahbaik bantuan kepada rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
  • Dalam menangani krisis kesihatan COVID-19, peruntukan tambahan akan disediakan untuk meningkatkan dan menyegerakan usaha menyaring kes COVID-19, pengesanan kontak rapat dan pengasingan mereka yang positif atau “find, test, trace, isolate, support and vaccinate” (FTTIS +V). Kerajaan juga akan mengukuhkan sistem kesihatan terutamanya dalam menambah petugas kesihatan serta meningkatkan kapasiti wad ICU, termasuk penyelarasan penempatan pesakit dari hospital awam ke hospital swasta, selaras dengan pendekatan penggemblengan nasional “Whole of Nation”.
  • Untuk bantuan kepada rakyat, bantuan tunai sebanyak RM10 bilion akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021. Bantuan tunai ini akan diteruskan pada tahun 2022 untuk golongan B40 meliputi bantuan bersasar kepada golongan miskin tegar, miskin bandar dan M40 yang kehilangan pendapatan.
  • Bagi menyokong kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi, dana tambahan Kumpulan Wang COVID-19 akan digunakan bagi membantu insentif pengambilan pekerja serta meningkatkan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk kumpulan informal dan mikro.
  • Meningkatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan dengan mempercepatkan pembelian tambahan sejumlah 6 juta dos vaksin lagi yang dijangka akan diterima menjelang awal September 2021.
  • Mengusahakan pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus (50%) terbawah daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk tempoh tiga (3) bulan pada suku keempat 2021.
  • Klausa 1.1, 1.2, 1.3, 1.4. 1.5, 1.6 dan 1.7 hendaklah dilaksanakan dalam
    tempoh Penggal Ke-4 Parlimen (tahun 2021).





Aspek lain yang dipersetujui ialah kebebasan badan kehakiman, membentangkan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti serta mempercepatkan proses undi 18 tahun.

Sebagai marhaen, Edisi Siasat menyambut baik persefahaman yang telah dicapai antara kerajaan dan pembangkang dalam MoU tersebut.

Cuma yang menjadi tandatanya, mengapakah helaian 2 dan 4 Lampiran MoU itu tidak didedahkan kepada pihak media?





Apa kandungan yang terdapat dalam helaian 2 dan 4 itu?

Pihak Edisi Siasat ada mendapat perkhabaran yang agak kurang menyenangkan mengenai isi kandungan di dalam helaian 2 dan 4, tetapi sebelum mendapat pengesahan, pihak kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

In Sya Allah, selepas mendapat pengesahan, perkara itu akan didedahkan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker