Perbincangan Memuktamadkan MoU, Annuar Musa Mewakili Siapa?

Sehari sebelum majlis menandatangani MoU antara pihak Kerajaan dan Pakatan Harapan, telah di adakan siri rundingan terakhir antara wakil-wakil Kerajaan dan Pakatan Harapan untuk memuktamadkan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

Kedua-dua belah pihak, Kerajaan dan Pakatan Harapan diwakili oleh pemimpin kanan parti politik mereka.

Wakil kerajaan yang menyertai rundingan berkenaan adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung PPBM), Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Ahli Majlis Tertinggi PBB), Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketua Bahagian Ketereh UMNO) dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Senator).

Wakil PH pula adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook; Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.





Apa yang menjadi persoalan bagi kami di Edisi Siasat ialah, kecuali Tengku Zafrul, kesemua parti politik menghantar pemimpin kanan yang berjawatan di peringkat pusat, sekurang-kurangnya Ahli Majlis Tertinggi parti.

Kedudukan Tengku Zafrul kita faham, walau pun beliau hanya bertaraf senator, namun Kementerian Kewangan ialah kementerian yang sangat penting dalam kerajaan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

Tetapi, atas kapasiti apa Annuar Musa dihantar sama dan apakah beliau mewakili parti atau kerajaan?

Kalau kehadiran Annuar Musa atas kapasiti wakil kerajaan, mengapa tidak dihantar Menteri Kanan dari UMNO?

Walau pun Hishamuddin hanya Ketua Bahagian UMNO seperti Annuar Musa, tetapi beliau adalah Menteri Kanan dalam pentadbiran Ismail Sabri.





Kalau atas kapisiti beliau sebagai wakil parti, mengapa tidak dihantar Dr Noraini yang merupakan Ketua Wanita yang bertaraf Timbalan Presiden UMNO?

Atau apakah sekali lagi Ismail Sabri membelakangi kepimpinan UMNO?

Akar umbi UMNO amat faham, keputusan memilih wakil adalah hak Perdana Menteri, tetapi, Ismail Sabri perlu sedar, beliau berada di kedudukan Perdana Menteri adalah kerana UMNO!!!

Kalau sememangnya Ismail Sabri merasakan setiap keputusan yang beliau buat tidak perlu lagi mendapatkan pandangan dari kepimpinan UMNO, akar umbi faham, malah sangat-sangat faham dan kefahaman itu akan mereka terjemahkan dalam pemilihan parti nanti.

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker