Perkataan ‘Mangkuk’ Unparliamentary, Kalau ‘Mangkuk Hayon’ Parliamentary Tak?

Perkataan ‘mangkuk’ dengan rasminya termasuk dalam kumpulan perkataan ‘unparliamentary’ di dalam Parlimen Malaysia.

Keadaan dalam Parlimen menjadi hangat bila Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, bangun mencelah dan melaungkan perkataan ‘mangkuk’ ketika penerangan sedang diberikan oleh Ahli Parlimen Larut yang juga Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin.

Hamzah memberikan respon terhadap soalan dari Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Hamzah memberikan penjelasan mengapa Ahli Parlimen pembangkang telah dilarang untuk memasuki kawasan Parlimen pada 2 Ogos 2021 yang lalu.

Salah seorang Ahli Parlimen blok kerajaan telah bangun dan mengemukakan bantahan di bawah Peraturan Dewan 36(6) yang melarang Ahli Parlimen dilarang membuat sangkaan buruk terhadap Ahli Parlimen yang lain.





Namun, keadaan dapat ditenangkan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat selepas memberi teguran kepada Ahli Parlimen Pokok Sena.

Namun, ketika Ahli Parlimen Pokok Sena mencelah sekali lagi, Ahli Parlimen Larut yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, pula telah mengeluarkan perkataan ‘mangkuk’.

Mungkin ini reformasi Parlimen acuan Kerajaan Ismail Sabri, aku buat boleh, orang lain buat, SALAH!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker