Isu Kos Penyelenggaraan Padang, Jangan Sampai Keluar ‘Surat Padang Karam’ Yer…

Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail,  yang juga merupakan pemilik pasukan bolasepak JDT, mendedahkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memerlukan RM10 juta untuk padang baharu di Sekolah Nasional Bukit Jalil.

Menyifatkan kos itu tidak masuk akal, Tunku Ismail menjelaskan beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang dilengkapi sistem perpaipan, tanah dan sebagainya.

“Saya berbual dengan menteri KBS baru-baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang”.

“Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta”.





“Banyak sangat orang nak ‘mark up'”.

“Saya buat RM1.4 juta saja”.

“Saya pakai Zoysia”.

“Kos dia tetap sama…paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu”.

“Kenapa jadi sampai RM10 juta?”





“Untuk kos penyelenggaraan pun, tidak lebih RM300,000 setahun”.

“Kalau ada orang nak selenggara padang perlukan berjuta-juta, itu cerita dongeng”, terang baginga.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kebudayaan Belia & Sukan, Ahmad Faizal Azumu atau Peja, anggaran kos itu adalah untuk menaik taraf padang di beberapa stadium utama negara, termasuk SNBJ.

“Ia disalah tafsir, memang saya ada berjumpa dengan Tunku Mahkota Johor baru-baru ini berbincang pelbagai perkara, termasuk untuk memperbaiki padang di seluruh negara, bukan untuk stadium di Bukit Jalil sahaja”.





“Saya sedang dapatkan nasihat yang wajar daripada pelbagai pihak, sekiranya ‘okey’, saya akan teruskan (tanam rumput hibrid) dan pastikan ia terbaik untuk kita semua,” katanya.

Skuad Edisi Siasat cuma hendak ingatkan, kalau dahulu sewaktu Peja menjadi Menteri Besar, keluar surat Perak Karam, jangan nanti bila sudah menjadi Menteri Kebudayaan Belia & Sukan, keluar pula surat ‘Padang Karam’.

Teman mengingatkan jer…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker