Kanak-Kanak Lima Tahun Antara Yang Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan Forest Hill, Penampang petang semalam telah meragut 2 nyawa termasuk seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang tadi, dua mangsa tanah runtuh itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, dua mangsa dikenali sebagai Salmah Hamid,25, dan Rosatima Asbirin berusia 5 tahun.

Kedua-dua mangsa merupakan keluarga yang tinggal bersama.





Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 4 petang, sekumpulan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, dua daripada lima mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak 12.30 tengah hari tadi.

 

Sumber:





utusan com.my

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker