Keputusan Ke IPTA Boleh Di Semak Mulai Hari Ini

Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/setaraf akan diumumkan pada 15 September ini.

Semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari, 15 September 2021 hingga 25 September 2021 melalui pautan berikut:
i. https://jpt.utm.my
ii. http://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. http://jpt.ums.edu.my
v. http://jpt.umt.edu.my

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 16 September hingga 25 September 2021 di laman web UA.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 1 6 September 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.





Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan. Rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 15 September 2021
sehingga 25 September 2021.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan universiti tidak dibenarkan, kata KPT dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan:
No tel : 03 – 8870 8200
Emel : [email protected]
Laman Sosial Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram : @KEMASUKANBkpa
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/UPU_DaftarMasuk

Kredit : Malaysia Gazette





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker