KKM Beri Amaran Lonjakan Kes Covid-19 Dari Varian Baru

Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan amaran kemungkinan kes jangkitan Covid-19 akan melonjak semula ekoran dari wujudnya varian baru Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memaklumkan KKM sudah menubuhkan unit pasukan pantas yang akan dihantar untuk mempersiapkan kemungkinan lonjakan Covid-19 disebabkan oleh varian baru virus.

Unit itu akan dapat mendirikan ICU modular dan menghantar bekalan tabung oksigen ke mana-mana negeri yang memerlukan.

“Kita akan pastikan tidak berlaku seperti dahulu di mana ada katil tidak ada oksiygen yang mencukupi,” katanya pada sesi soalan menteri di Parlimen hari ini.





Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 6 September melaporkan, varian Mu telah ditemui di 46 negara termasuk Asia iaitu Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun.

Negara mesti mengambil langkah pencegahan berdasarkan cadangan pakar epidemiologi dan menggunakan pendapat dan maklumat dari negara lain untuk membuat penyesuaian tepat.

Laporan media baru-baru ini yang mengatakan varian Mu dan Lambda disyaki telah muncul di Labuan, Sabah.

Baca di sini:

https://www.google.com/amp/s/m.kumparan.com/amp/kumparannews/varian-corona-mu-sudah-sampai-malaysia-indonesia-harus-waspada-1wWmUFfF6aR





Selain dari varian MU dan Delta, varian Delta Covid-19 juga telah dikenalpasti sebagai varian yang agresif dan kebal dari antibodi manusia.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya terus menjaga kebersihan diri dan mematuhi SOP, walau pun sekarang ini di beberapa lokasi kerajaan telah membuat keputusan untuk melonggarkan SOP.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker