PANAS!!! Video Ahmad Said ‘Telanjangkan PAS’ Dalam DUN Terengganu

 

Mantan Menteri Besar Terengganu yang meeupakan ADUN Kijal sekarang, Ahmad Said, mendedahkan semua bukti salahlaku pemimpin Pas dalam sidang DUN Terengganu.

“Saya ada bukti bagaimana Ladang mendapat kepentingan”.

“Kes (Proton) X70 (Nombor Plat) TBJ 8228!!!”.

Pendedahan beliau terhenti apabila perbahasan itu ‘diganggu’ ADUN Tepoh, YB Hishamuddin Abdul Karim dan ADUN Paka, YB Satiful Bahri Mamat serta dihalang Speaker, YB Dato’ Yahaya Ali.





Sebelum itu, Ahmad membangkitkan isu pelaburan anak syarikat milik penuh Yayasan Terengganu, Sterling Hectares Sdn Bhd yang membuka kilang pembuatan pelitup muka bersama Hygenia Sdn Bhd di Seri Kembangan, Selangor.

Ahmad berkata, peringkat awal pelaburan itu hanya bernilai RM2 juta melibatkan kepentingan sebanyak 49% dan selebihnya 51% dimiliki Hygenia Sdn Bhd.

“Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Yayasan Terengganu iaitu ADUN Ladang yang juga Exco berkaitan pelaburan negeri, YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berjaya mendapat persetujuan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Pengerusi Yayasan Terengganu untuk meningkatkan jumlah pelaburan tersebut kepada lebih RM4 juta”.

“Saya dapati jumlah pelaburan Sterling Hectares ke dalam Hygenia adalah sebanyak RM4,538,831 mewakili 49%”.

“Saya lihat banyak perkara yang tidak seharusnya berlaku dalam pelaburan ini kerana banyak ‘benda-benda pelik”.





Edisi Siasat harap, Ahmad Said akan membuat laporan SPRM ‘without fear or favour’.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker