Parlimen: Azalina Mahu Fungsi Peguam Negara Dan Pendakwaraya Di Asingkan

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan kuasa mendakwa kuasa yang ada pada Peguam Negara adalah terlalu besar di mana seorang Peguam Negara di samping mempunyai fungsi sebagai penasihat penasihat undang-undang kepada kerajaan jugga mempunyai kuasa untuk menentukan pendakwaan sesuatu kes di mahkamah.

Ini boleh meninmbulkan persepsi sekiranya terdapat tekanan politik ke atas Peguam Negara, maka ianya akan menimbulkan keraguan ke atas kredibiliti dan integriti Peguam Negara.

Beliau mencadangkan agar fungsi Peguam Negara dan Pendakwaraya diasingkan kepada dua individu yang berlainan.

Beliau juga mencadangkan agar jawatan Peguam Negara dipegang oleh Menteei di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen) seperti di era Allahyarham TS Kadir dan Allahyarham TS Hamzah dahulu.

Ini akan memudahkan Peguam Negara yang juga merupakan Ahli Kabinet menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen lain.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker