Peminat iPhone Boleh Mula ‘Saving’, iPhone 13 Masuk Malaysia Oktober Ini

Peminat iPhone pastinya sudah lama tertunggu-tunggu kemasukan model terbaharu iPhone 13 ke pasaran Malaysia.

Berikut maklumat terkini dari Apple Inc.

Model baharu – iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max telah dilancarkan dalam satu acara yang dikenali sebagai California Streaming, di ibu pejabatnya di Cupertino, awal pagi tadi.

Dari segi reka bentuk, ia hampir sama dengan iPhone 12, namun memiliki cip yang lebih pantas dan sistem kamera yang dipertingkatkan.





iPhone 13 mini dengan skrin 5.4 inci

128GB – RM3,399

256GB – RM3,899

512GB – RM4,799

iPhone 13 dengan skrin 6.1 inci





128GB – RM3,899

256GB – RM4,399

512GB – RM5,299

Syarikat itu berkata, model itu akan memasuki pasaran Malaysia bermula Oktober ini.

Pelanggan, katanya, boleh membeli barisan model baharu iPhone 13 daripada apple.com/my/store, menerusi Apple Store app.





Ia juga boleh didapati daripada pengedar sah Apple.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker