Buat laporan palsu lepas lesapkan hasil jualan RM5,100

Buat laporan palsu lepas lesapkan hasil jualan RM5,100

Buat laporan palsu lepas lesapkan hasil jualan RM5,100

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki disyaki membuat laporan palsu kononnya disamun selepas melesapkan RM5,100 hasil jualan buah-buahan dikongsi dengan rakannya.

Perbuatan suspek berusia 29 tahun yang juga pekerja kilang itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati laporan yang dibuat pada 7 September lalu adalah palsu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong, berkata suspek berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat laporan palsu.





Beliau berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuching atas kesalahan itu pada 26 Oktober ini.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM 2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jaw Shyong berkata, suspek mengaku membuat laporan palsu dan kejadian yang dilaporkan adalah rekaan semata-mata.

“Pada 7 September lalu suspek membuat laporan polis dengan mendakwa menjadi mangsa samun dua lelaki tidak dikenali di tepi jalan kawasan Matang ketika memberhentikan kenderaan untuk membuang air kecil jam 8 malam,” katanya.

Dalam laporan itu, suspek mendakwa dua lelaki yang menunggang motosikal Kriss Modenas dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti berhenti untuk meminjam pemetik api.





“Ketika pergi ke kereta untuk mengambil pemetik api, seorang lelaki berkenaan dikatakan memukul belakang kepala suspek dengan topi keledar, manakala seorang lagi mengacu pisau di bahagian rusuk kanan suspek,” katanya.

Katanya, suspek mendakwa akibat kejadian itu dia kehilangan wang tunai RM 5,100, telefon bimbit jenama Vivo, cincin perak dan dompet jenama Polo yang mengandungi kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM248

Buat laporan palsu lepas lesapkan hasil jualan RM5,100

https://edisisiasat.com/2021/09/16/selamat-hari-malaysia-saksikan-aksi-lincah-si-cilik-memukul-drum-lagu-jalur-gemilang/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker