China tambah kapal peronda di Laut China Selatan

China tambah kapal peronda di Laut China Selatan
BEIJING: China akan menambah sebuah kapal besar secara rasmi pada Mac 2022 untuk menyertai armada kapal peronda maritim di Laut China Selatan, lapor media tempatan.
China News Service melaporkan, kapal Haixun 03 seberat 5,560 tan dilancarkan semalam dan akan menjadi kapal peronda terbesar di bawah Pentadbiran Keselamatan Maritim Hainan (MSA).
Hainan adalah wilayah kepulauan di selatan tanah besar itu dan merangkumi sebuah perbandaran di Kepulauan Paracel yang mana tuntutan China terhadapnya di Laut China Selatan masih dipertikaikan beberapa negara serantau.
Dokumen rasmi China menganggap bahawa kuasa Hainan meliputi kira-kira dua juta kilometer persegi kawasan maritim, meskipun persempadanan itu tidak jelas serta tidak diperakui negara jiran.
China menuntut ‘hak sejarah’ terhadap sebahagian besar perairan Laut China Selatan, namun tuntutannya tidak disokong oleh undang-undang antarabangsa dan diperdebatkan secara meluas, termasuk penguatkuasaannya di laut yang dipertikai.
Kapal Haixun 03 bersaiz 128.6 meter dan boleh berlayar dengan kelajuan 20 knot, merangkumi radius pergerakan meliputi sekitar 10,000 batu nautika dan mampu meronda di laut selama 60 hari tanpa perlu menambah bekalan.
Lapor media China lagi, kapal itu dilengkapi dengan pusat data maritim dengan sistem pemantauan bersepadu yang canggih, malah mempunyai pelantar untuk membawa beberapa helikopter.
Armada pengawasan maritim China kini melangkaui aset negara jiran Asia Tenggara dengan dianggarkan memiliki lebih 300 kapal, namun hanya sebilangan saja yang beratnya melebihi 3,000 tan. – AGENSI
China tambah kapal peronda di Laut China Selatan
Disyorkan Untuk Anda :
- ULANGTAHUN KE 2 MN: APAKAH AIRMATA KEHILANGAN SUDAH MENGGANTIKAN AIRMATA KESYUKURAN?
- KANAK-KANAK LIMA TAHUN ANTARA YANG MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH
- MUKHRIZ: ISMAIL SABRI PERNAH JANJI LANTIK DR MAHATHIR PENGERUSI MPN
- KKM BERI AMARAN LONJAKAN KES COVID-19 DARI VARIAN BARU
Lawati LamanĀ Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/12/ph-leaders-to-meet-pm-today-over-reform-proposals/