DBKL tutup 2 hotel disyaki jalani kegiatan tidak bermoral
DBKL tutup 2 hotel disyaki jalani kegiatan tidak bermoral
Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup 18 premis perniagaan termasuk dua hotel yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral, selain ia dikendalikan warga asing, menerusi Ops Patuh Terhadap Premis-Premis Komersial di sekitar ibu negara yang dilaksanakan dari 1 hingga 15 Sept lalu.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan premis itu diarah tutup mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan pada masa sama pihaknya mengeluarkan 96 notis kompaun atas pelbagai kesalahan dalam pemeriksaan di premis-premis komersial berkenaan.
Selain itu 24 warga asing yang terdiri daripada sembilan warga Bangladesh, enam warga Pakistan, empat warga India dan lima warga Indonesia turut diambil maklumat bagi tujuan dokumentasi kerana mengendalikan premis perniagaan tanpa kebenaran.
“DBKL turut menyita 29 barangan daripada premis terbabit seperti kamera litar tertutup (CCTV), televisyen, kondom, minyak pelincir, buku log, monitor, video dekoder dan lain-lain peralatan,” menurut kenyataan itu.
Sebanyak 562 premis/syarikat diperiksa sepanjang operasi itu membabitkan aktiviti perhotelan, pusat urut, restoran, kedai runcit, pasar raya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang telah dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut DBKL lapan notis kompaun dikeluarkan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atas pelbagai kesalahan terhadap individu, pemilik premis, syarikat yang ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PPN yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Warga kota diminta untuk terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada DBKL secara dalam talian melalui https://adukl.dbkl.gov.my,” katanya.
DBKL tutup 2 hotel disyaki jalani kegiatan tidak bermoral
Disyorkan Untuk Anda :
- ULANGTAHUN KE 2 MN: APAKAH AIRMATA KEHILANGAN SUDAH MENGGANTIKAN AIRMATA KESYUKURAN?
- KANAK-KANAK LIMA TAHUN ANTARA YANG MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH
- MUKHRIZ: ISMAIL SABRI PERNAH JANJI LANTIK DR MAHATHIR PENGERUSI MPN
- KKM BERI AMARAN LONJAKAN KES COVID-19 DARI VARIAN BARU
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/16/guru-kerugian-rm36000-ditipu-tuan-chong/