Ganja Akan Di Benarkan Kepada Atlit

Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) sedia mengkaji semula penggunaan kanabis atau ganja sebagai bahan terlarang dalam kalangan atlet dunia.

WADA menerusi kumpulan penasihat mereka memaklumkan, kajian tersebut perlu dilakukan semula selepas bahan itu didapati tidak memberi sebarang kelebihan dalam aspek olahraga.

Richardson ‘terkantoi’ apabila air kencing yang diambil selepas ujian trek dan lapangan Olimpik bagi skuad AS pada Jun lalu didapati positif bahan larangan tersebut.

Sampel air kencing Sha’Carri didapati mempunyai kandungan ‘THC’ yang disifatkan Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) sebagai bahan utama daripada kanabis, marijuana dan hashish.





Richardson, atlet berusia 21 tahun itu memberikan alasan bahawa dia terpaksa mengambilnya kerana mahu merawat masalah kesedihan ekoran kematian ibunya.

Memandangkan ia tidak memberi sebarang kelebihan dalam aspek olahraga, jadi dia hanya dikenakan larangan selama sebulan berbanding tiga bulan memandangkan Sha’Carri telah menghadiri program kaunseling mengenai penggunaan ganja.

“Kajian semula terhadap bahan tersebut akan bermula tahun depan. Kanabis menjadi bahan terlarang pada masa ini dan akan berterusan sehingga 2022,” ujar WADA dalam satu kenyataan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker