Guru kerugian RM36,000 ditipu ‘Tuan Chong’

 

Guru kerugian RM36,000 ditipu 'Tuan Chong'

Guru kerugian RM36,000 ditipu ‘Tuan Chong’

KUANTAN: Seorang guru wanita kerugian RM36,000 selepas diperdaya dua individu yang menyamar pegawai polis yang mendakwanya terbabit

dengan pengubahan wang haram berjumlah RM2.18 juta.





Mangsa berusia 52 tahun dikatakan akur dengan setiap arahan pegawai polis yang menyamar sebagai ‘Tuan Chong’ dan ‘Puan Chong’, termasuk membeli satu nombor baharu bagi membolehkan mangsa mudah untuk dihubungi, selain mengelak daripada ditahan polis berhubung dakwaan terbabit dengan jenayah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula awal bulan ini apabila mangsa berasal dari Jerantut menerima panggilan daripada sebuah syarikat insurans yang dikenali dengan nama Natasha Ismail.

Beliau berkata, suspek mendakwa mangsa ada membuat empat tuntutan membabitkan kemalangan berjumlah RM76,800, bagaimanapun mangsa menafikan perkara itu.

“Suspek kemudian memaklumkan ia adalah tuntutan palsu dan meminta maklumat peribadi bagi membersihkan nama mangsa.

“Selepas itu, panggilan disambungkan kepada seorang anggota ‘polis’ berpangkat Sarjan dan mangsa diberitahu dia terbabit dengan satu kes jenayah pengubahan wang haram berjumlah RM2.18 juta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.





Mohd Wazir berkata, panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada Tuan Chong dan Puan Chong.

“Pada Jumaat lalu, Tuan Chong mengarahkan mangsa supaya ‘unlink’ akaun dari Bank Islam ke Tabung Haji bagi membolehkan pihaknya menyiasat kemasukan wang haram.

“Suspek turut meminta mangsa untuk menjadikan enam digit awal nombor kad pengenalan sebagai nombor pin kad bank itu dan mengugut mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa.

“Rabu lalu, mangsa membuat semakan akaun Tabung Haji miliknya dan mendapati RM20,000 lesap dan selepas itu membuat semakan akaun Bank Rakyat dan mendapati wang RM16,000 miliknya turut hilang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.





Guru kerugian RM36,000 ditipu ‘Tuan Chong’


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/16/dua-penjenayah-maut-ditembak-polis/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker