Guru Pondok Di Tangkap Kerana Liwat Dan Cabul 12 Murid Lelaki!!!

Dunia oh dunia…

Seorang ‘guru pondok’ di Ogan Ilir, Sumatera Selatan ditahan kerana meliwat dan mencabul 12 orang murid lelaki.

Polis Daerah Sumatera Selatan mengesahkan penahanan itu.

“Pelaku ditahan di rumah orang tua salah seorang mangsa,” kata Pengarah Diskriminasi Polis Daerah Sumatera Selatan, Hisar Sialagan.





CNN Indonesia melaporkan, kes pedofilia itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis.

Menurutnya, salah seorang mangsa dibawa ke doktor oleh ibu bapanya selepas mengadu sakit di bahagian kemaluan.

Selepas diperiksa, doktor mengesahkan mangsa mengalami penderaan seksual.

Mangsa memberitahu telah dipaksa melakukan perbuatan tidak bermoral oleh gurunya di Pondok Pesantren AT.

Berdasarkan keterangan saksi, mangsa bukan seorang tetapi 12 kanak-kanak lelaki.





Polis memberitahu, suspek telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu.

“Mangsa semuanya lelaki, mereka dicium lalu disuruh melakukan seks oral,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker