Ivermectin Boleh Sebabkan Kemandulan Pada Lelaki

Berhati-hati sekiranya kita memutuskan untuk menggunakan Ivermectin sebagai ubat untuk mengubati Covid-19.

Kajian dari penyelidik tiga universiti di Nigeria mendedahkan bahawa penggunaan ubat Ivermectin memberi impak negatif pada sistem pembiakan lelaki, lapor Suara.com.

Berdasarkan data yang diperoleh daripada kajian, sebanyak 85% daripada lelaki yang mempunyai sejarah pengambilan Ivermectin menjadi mandul atau menuju ke arah kemandulan.

Terdapat penurunan yang signifikan dikesan dalam jumlah sperma lelaki yang pernah menggunakan ubat Ivermectin.





“Kami menjalankan kajian ini ke atas 385 individu yang mengalami penyakit buta sungai atau Onkosersiasis bagi mengenalpasti kesan Ivermectin pada penghasilan sperma mereka,” demikian menurut kajian tersebut.

Nasihat Edisi Siasat, elakkan penggunaan Ivermectin tanpa pemantauan atau nasihat dari pakar perubatan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker