Kakitangan awam AS wajib suntik vaksin sebelum 22 November
Kakitangan awam AS wajib suntik vaksin sebelum 22 November
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menegaskan semua kakitangan persekutuan mesti disuntik dua dos vaksin COVID-19 selewat-lewatnya pada 22 November ini.
Pada masa sama, pihak pemerintah sedang merangka undang-undang yang akan mewajibkan majikan dengan lebih 100 pekerja memastikan kakitangan mereka diinokulasi, atau diuji setiap minggu.
Biden minggu lalu menandatangani perintah eksekutif yang mewajibkan pekerja persekutuan yang bekerja di Cawangan Eksekutif diberi vaksin sepenuhnya, dengan beberapa pengecualian terhad.
Sebagai panduan kepada agensi persekutuan, yang disiarkan di laman sesawang persekutuan Isnin lalu, agensi pemerintah harus bergerak ‘secepat mungkin supaya pekerja mereka diberi vaksin selewat-lewatnya pada 22 November’.
Kenaikan kadar kemasukan ke hospital dan kematian COVID-19 di AS baru-baru ini disebabkan oleh varian Delta mendorong pemerintah bertindak tegas berhubung vaksinasi, yang dianggap cara terbaik bagi melindungi ekonomi dan mengekang wabak.
Disyorkan Untuk Anda :
- PARLIMEN: AZALINA MAHU FUNGSI PEGUAM NEGARA DAN PENDAKWARAYA DI ASINGKAN
- PEMINAT IPHONE BOLEH MULA ‘SAVING’, IPHONE 13 MASUK MALAYSIA OKTOBER INI
- ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA IMAM BESAR MASJID PUTRAJAYA TAMPIL MINTA MAAF (VIDEO)
- PANAS!!! VIDEO AHMAD SAID ‘TELANJANGKAN PAS’ DALAM DUN TERENGGANU
Biden juga sudah menandatangani perintah eksekutif yang memerlukan vaksin diberi kepada jutaan pekerja kontraktor persekutuan ‘yang melakukan perniagaan dengan pemerintah persekutuan’.
Menurut perintah itu, menjelang 24 September ini, pasukan bertindak Rumah Putih akan memberi panduan baru mengenai apa yang mesti dilakukan pihak kontraktor dan siapa yang terbabit.
Sementara itu, sebilangan pakar meramalkan gelombang penularan terbaru COVID-19 di AS yang didorong oleh varian Delta akan memuncak tidak lama lagi.
Namun, mereka memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mudah berpuas hati selain menjangka virus itu akan menjadi sebahagian kehidupan seharian penduduk negara itu pada masa akan datang.
Angka terbaru menunjukkan purata tujuh hari kes harian kelmarin mencatat 172,000, tahap kenaikan tertinggi walaupun kadar pertumbuhannya semakin perlahan dan kes merosot di kebanyakan negeri, menurut data Covid Act Now.
Namun, lebih 1,800 orang dilaporkan maut setiap hari dan lebih 100,000 masih dirawat di hospital dengan penyakit COVID-19 yang teruk.
Ia menjadi peringatan suram mengenai cabaran yang dihadapi pihak berkuasa bagi memastikan lebih ramai penduduk AS tampil menerima suntikan vaksin dalam usaha mencegah penularan virus itu. – AGENSI
Kakitangan awam AS wajib suntik vaksin sebelum 22 November
Disyorkan Untuk Anda :
- ULANGTAHUN KE 2 MN: APAKAH AIRMATA KEHILANGAN SUDAH MENGGANTIKAN AIRMATA KESYUKURAN?
- KANAK-KANAK LIMA TAHUN ANTARA YANG MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH
- MUKHRIZ: ISMAIL SABRI PERNAH JANJI LANTIK DR MAHATHIR PENGERUSI MPN
- KKM BERI AMARAN LONJAKAN KES COVID-19 DARI VARIAN BARU
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/16/tahanan-penjara-israel-gali-terowong-sejak-disember-lalu/