Lari Taki Lari, Dulu Alasan Sakit Jantung, Sekarang Alasan Kuarantin, Lepas Nie Apa Pula…

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen), Takiyudin Hasan, seakan sudah dapat menjangka, isu beliau mengelirukan Dewan Rakyat sewaktu mengisytiharkan pembubaran Ordinan Darurat akan kembali berbangkit dalam persidangan Dwwan Rakyat kali ini, beliau tidak hadir persidangan dengan alasan terpaksa menjalani kuarantin kendiri.

Bukan skuad Edisi Siasat mahu menuduh Takiyudin sengaja mencipta alasan untuk melarikan diri dari berhadapan dengan Ahli Parlimen pembangkang, tetapi ianya nampak seakan kebetulan yang berulang.

Selepas Takiyudin diserang bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen pembangkang dalam persidangan yang lalu, Takiyudin tidak hadir persidangan kerana dikatakan terpaksa ditahan di hospital kerana menghadapi komplikasi jantung.





Dan untuk persidangan Dewan Rakyat kali ini, Takiyudin mendakwa terpaksa menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Bagaimanapun, beliau mengakui hasil dua ujian RT-PCR yang dilaksanakan masing-masing pada 10 dan 13 Sept lepas, adalah negatif.

Namun masih terpaksa jalani kuarantin kendiri hingga 20 September 2021.

Walaubagaimanapun, skuad Edisi Siasat berharap semuga segala urusan Takiyudin dipermudahkan dan beliau dapat kembali menghadiri persidangan Dewan Rakyat.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker