Mahiaddin: Langkawi Akan Di Buka Kepada Pelancong Dari Luar Negara

PUTRAJAYA, 21 Mac — Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Dalam Negeri hari ini.
–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pemgerusi Majlis Pemulihan Negara, Mahiaddin Md Yasin, akan membincangkan cadangan membuka Langkawi kepada pelancong luar negara dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mahiaddin berkata usaha terbabit bersesuaian dengan status pulau itu yang dipilih sebagai lokasi program gelembung pelancongan.

“Dahulu kita sudah putuskan supaya Langkawi boleh dibuka kepada pelancong luar negara, ini akan kita susuli dengan MKN”.

“Bila mana ia agak sudah tersedia, pelancong dari luar negara boleh mengambil penerbangan sewa khas untuk ke Langkawi dalam tempoh tidak berapa lama lagi”.

“Kalau dapat dilaksanakan segera, dengan mereka sudah dapat suntikan dua dos dan beberapa peraturan lain yang boleh dilaksanakan, ini mungkin dapat menarik lebih ramai pelancong dari luar negara datang ke Langkawi”.





“Soalnya apabila penerbangan antarabangsa ini dapat masuk (ke Langkawi), akan ditentukan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker