Mekanik gila talak ditahan polis susulan ancaman simbah asid

Mekanik gila talak ditahan polis susulan ancaman simbah asid

Mekanik gila talak ditahan polis susulan ancaman simbah asid

BACHOK: Seorang mekanik ditahan polis kerana mengugut mencederakan bekas isteri dan dua anak mereka dengan menyimbah asid selepas tidak berpuas hati berhubung isu perceraian.

Suspek berusia 49 tahun itu ditahan jam 5 pagi tadi di Kota Bharu sebelum dikemukakan untuk tahanan reman bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata bekas isteri suspek yang berusia 28 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana sering kali diganggu disebabkan tidak berpuas hati selepas mereka bercerai pada 1 Mei lalu.





Katanya, dalam kejadian 4 September lalu, lebih kurang jam 11 pagi, bekas isteri suspek berada di kedai runcit miliknya bersama ibu serta anak-anaknya di Pasir Tumboh, didatangi suspek yang mengugut akan menyimbah asid dan mencederakan isteri dan anak-anaknya.

“Hasil siasatan mendapati, suspek berkahwin dengan bekas isterinya pada 2015 yang kini dalam proses pengesahan perceraian.

“Perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata dan setelah bercerai dengan suspek, kedua-dua anak tinggal dengan bekas isterinya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang ketika Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Dan Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin.





Terdahulu tular di media sosial, rakaman video berdurasi dua minit lima saat yang memaparkan suspek bertindak mengugut mencederakan bekas isterinya untuk menyimbah asid.

Shafien berkata, suspek cuba menyerang mangsa disebabkan tidak berpuas hati dengan bekas isterinya yang menuntut perceraian.

“Sebelum ini, pada 22 Jun lalu, ibu mangsa ada membuat laporan polis ke atas suspek kerana menceroboh masuk ke dalam rumah dan kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan sudah ditangkap serta dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

“Dalam pertuduhan itu, suspek mengaku bersalah dan didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara sebelum dibebaskan selepas membayar denda berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai kes di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.





Mekanik gila talak ditahan polis susulan ancaman simbah asid

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati LamanĀ Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/16/penjawat-awam-dicekup-rakam-gadis-buang-air-kecil/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker