Menteri Luar Britain turun pangkat susulan rombakan Kabinet

Menteri Luar Britain turun pangkat susulan rombakan Kabinet
 Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. – Foto

Menteri Luar Britain turun pangkat susulan rombakan Kabinet

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, semalam melantik Kabinet berwajah baharu untuk merombak pentadbiran Brexiteer selepas kontroversi mengenai COVID-19, Afghanistan dan cukai, selain menurunkan jawatan Setiausaha Luar negaranya.

Dominic Raab bertukar ke jawatan Setiausaha Kehakiman yang lebih rendah tetapi mengekalkan gelaran Timbalan Perdana Menteri, disahkan Downing Street.

Bekas peguam yang menggantikan Johnson ketika Perdana Menteri Britain itu dalam rawatan intensif COVID-19 April tahun lalu, berdepan kritikan berterusan susulan kaedah menangani krisis Afghanistan.

Raab digantikan Setiausaha Perdagangan Antarabangsa, Liz Truss, yang sudah mengadakan beberapa perjanjian sejak Britain berundur daripada Kesatuan Eropah (EU), Januari lalu.






“Kabinet saya lantik hari ini akan bekerja tanpa lelah untuk menyatukan dan memajukan seluruh negara. Kita akan bangun semula lebih baik daripada pandemik dan memenuhi keutamaan anda. Sekarang mari kita teruskan kerja,” ciap Perdana Menteri.

Sementara itu, Setiausaha Pendidikan, Gavin Williamson, dipecat dan dalam ciapannya di Twitter, berkata ia adalah ‘penghormatan’ untuk beliau sepanjang berkhidmat sejak 2019, ketika Johnson memulakan tugas di pejabatnya bagi ‘memuktamadkan Brexit’.

Kerajaan Konservatif berjuang untuk mengurangkan angka kematian per kapita antara tertinggi di dunia akibat pandemik itu, selepas Britain secara rasmi meninggalkan EU.

Johnson menikmati ‘pemulihan vaksin’ selepas Britain memimpin dunia Barat dalam program imunisasi besar-besaran, tetapi kepemimpinan Konservatif mendahului parti pembangkang utama, Parti Buruh terhakis dalam tinjauan pendapat baru-baru ini.





Johnson, minggu lalu, memungkiri janji pilihan raya untuk tidak menaikkan cukai apabila mengumumkan pungutan baharu bagi membiayai Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dan rawatan warga emas, dikendalikan negara. – AFP

Menteri Luar Britain turun pangkat susulan rombakan Kabinet


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/16/jeju-siap-siaga-hadapi-taufan-chanthu/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker