PEMINAT DOAKAN SHUK TERUS ISTIQAMAH
PEMINAT DOAKAN SHUK TERUS ISTIQAMAH
“Shuk Sahar keluar ke jalan Allah, doakan beliau istiqamah dijalan Allah,” tulis pengendali akaun Dakwah Tabligh Malaysia, yang memaparkan beberapa foto pelawak dan pengacara Shuk Sahar turut keluar mendalami ilmu agama.
Nampaknya Shuk turut mengikut jejak langkah rakan artis lain dengan mengikuti program dakwah. Menerusi entri tersebut, pihak Dakwah Tabligh Malaysia berharap agar orang ramai mendoakan Shuk terus istiqamah untuk menuju ke jalan Allah.
Sementara itu, Shuk juga turut memuat naik foto sama di laman Instagram miliknya bersama Maulana Helmi serta berharap dapat berjumpa dengannya lagi di masa akan datang.
“InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi @maulana_helmi78 terima kasih bagi try kuda Maulana…,” tulis pengacara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ itu.
Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga netizen yang meluahkan rasa syukur di atas perubahan baik pelawak tersebut serta mendoakan kekal istiqamah.
PEMINAT DOAKAN SHUK TERUS ISTIQAMAH
Disyorkan Untuk Anda :
- ULANGTAHUN KE 2 MN: APAKAH AIRMATA KEHILANGAN SUDAH MENGGANTIKAN AIRMATA KESYUKURAN?
- KANAK-KANAK LIMA TAHUN ANTARA YANG MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH
- MUKHRIZ: ISMAIL SABRI PERNAH JANJI LANTIK DR MAHATHIR PENGERUSI MPN
- KKM BERI AMARAN LONJAKAN KES COVID-19 DARI VARIAN BARU
Lawati LamanĀ Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/16/mekanik-gila-talak-ditahan-polis-susulan-ancaman-simbah-asid/