Saingan Piala Tun Sharifah Rodziah dibatalkan
Saingan Piala Tun Sharifah Rodziah dibatalkan
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasmi membatalkan pertandingan bola sepak wanita kebangsaan, Piala Tun Sharifah Rodziah bagi musim ini susulan pandemik COVID-19.
Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata keputusan berkenaan dibuat oleh Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM selepas mengambil kira situasi semasa COVID-19, hal pengoperasian dan keselamatan semua pihak sama ada yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran kejohanan itu.
“Sama seperti pembatalan Piala Presiden, Piala Belia dan CUCKOO Malaysia Premier Futsal League 2021 yang diumum sebelum ini, keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan isu COVID-19 yang berlarutan memberi impak amat ketara kepada industri bola sepak termasuk pembangunan teknikal pemain.
“Bagaimanapun, sebagai sokongan kepada inisiatif pihak kerajaan dalam membendung penularan wabak ini, FAM memutuskan untuk tetap memberi sokongan dengan memberi kerjasama dan patuh kepada arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menerusi kenyataan sama, Mohd Saifuddin berkata, FAM berasa keputusan pembatalan kejohanan itu akan dapat memberi lebih ruang kepada pasukan untuk membuat persediaan lebih terperinci pada masa akan datang.
“Setiap pasukan bebas untuk mengekalkan pasukan masing-masing, malah FAM amat berbesar hati untuk memberikan khidmat nasihat serta sokongan kepada semua yang terbabit terhadap usaha pembangunan bola sepak wanita di peringkat negeri.
“FAM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang memberikan komitmen tinggi dalam usaha dan perancangan FAM sebelum ini,” katanya.
Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM membatalkan saingan Piala Tun Sharifah Rodziah musim ini selepas mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19. -Foto ihsan Facebook FAM.
Saingan Piala Tun Sharifah Rodziah dibatalkan
Disyorkan Untuk Anda :
- ULANGTAHUN KE 2 MN: APAKAH AIRMATA KEHILANGAN SUDAH MENGGANTIKAN AIRMATA KESYUKURAN?
- KANAK-KANAK LIMA TAHUN ANTARA YANG MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH
- MUKHRIZ: ISMAIL SABRI PERNAH JANJI LANTIK DR MAHATHIR PENGERUSI MPN
- KKM BERI AMARAN LONJAKAN KES COVID-19 DARI VARIAN BARU
Lawati LamanĀ Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/16/ganja-akan-di-benarkan-kepada-atlit/