Siapa pengurus United Solskjaer atau Ronaldo?

Siapa pengurus United Solskjaer atau Ronaldo?
LONDON: Legenda Manchester United, Rio Ferdinand menegaskan Ole Gunnar Solskjaer seharusnya mengarahkan Cristiano Ronaldo untuk duduk di barisan bangku simpanan.
Bos United, Solskjaer dibayangi oleh penyerang bintangnya itu ketika United tumbang 2-1 di tangan Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Ronaldo meletakkan The Red Devils di depan, namun dikeluarkan selepas 72 minit dan Theoson Siebatcheu meledak gol kemenangan pada lewat permainan susulan kesilapan Jesse Lingard yang menyaksikan United mengalami kekalahan ketujuh dalam 11 perlawanan Liga Juara-Juara di bawah Solskjaer.
Bintang Portugal itu kemudian dilihat cuba membantu pasukannya dengan memberi arahan di tepi padang namun tidak membuahkan hasil.
Pada perlawanan awal pagi tadi bukanlah kali pertama Ronaldo menjalankan tugas sebagai ‘pengurus’.
Pemain berusia 36 tahun itu terkenal dengan kelantangannya memberi arahan ketika kejayaan Portugal di final Euro 2016 selepas dia dibawa meninggalkan padang dengan pengusung.
Ferdinand pernah beraksi bersama Ronaldo ketika pemain Portugal itu beraksi buat kali pertama di Old Trafford dan mereka menikmati kejayaan Liga Juara-Juara pada 2008. – AGENSI
Siapa pengurus United Solskjaer atau Ronaldo?
Disyorkan Untuk Anda :
- ULANGTAHUN KE 2 MN: APAKAH AIRMATA KEHILANGAN SUDAH MENGGANTIKAN AIRMATA KESYUKURAN?
- KANAK-KANAK LIMA TAHUN ANTARA YANG MAUT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH
- MUKHRIZ: ISMAIL SABRI PERNAH JANJI LANTIK DR MAHATHIR PENGERUSI MPN
- KKM BERI AMARAN LONJAKAN KES COVID-19 DARI VARIAN BARU
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/16/tmj-tabik-penang-nasihat-kedah-jaga-kebajikan-pemain/